Saturday, April 20, 2013

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON BAGI KERUSI PARLIMEN 2013

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON BAGI KERUSI DUN JOHOR 2013

Penamaan Calon PRU-13 Johor, Meriah dan Lancar

Semenjak awal pagi lagi, ribuan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri pusat-pusat penamaan calon di negeri Johor hari ini. 

Laungan keramat 'UBAH' bergema sepanjang tempoh perarakan calon daripada tempat berkumpul hingga ke pusat penamaan calon. 

Proses penamaan calon berjalan dengan baik dan lancar. Kemeriahan dan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP.


Salahuddin Ayub. Calon Parlimen Pulai, DUN Nusajaya


Gaya 'bakal' menteri besar Johor terpancar dari wajah Saudara Salahuddin Ayub. Beliau bakal bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya


Perarakan calon dari Masjid Sultan Abu Bakar ke Bangunan Tabung Haji, Johor Bahru


Kelihatan cukup bersedia bersama sayap kiri perjuangan.




Calon - calon bagi parlimen dan DUN di Kulai berarak ke pusat penamaan calon.




Di Pagoh, kelihatan anak-anak muda yang inginkan perubahan bersama meriahkan pusat penamaan calon - Laungan Inikalilah UBAH bergema di sana sini.- Norhayati Bacok



Suasana penamaan calon di Parlimen Muar

sumber: http://www.nusajayakini.com/2013/04/penamaan-calon-pru-13-johor-meriah-dan.html

Friday, April 19, 2013

KENALI CALON PAS JOHOR: DATO MAHFODZ MOHAMED


KENALI CALON PAS JOHOR

DATO' DR HAJI MAHFODZ MOHAMED
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
Calon PAS di DUN Gambir N.09


Biodata Beliau

Jawatan sekarang:
-Ahli Majlis Syura PAS Pusat.
-Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
-Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.
-Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Muar, Johor.

Pengalaman:
-Presiden Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), 2000-2001.
-Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), 2001-2004.
-Ahli panel Lembaga Akreditasi Negara (LAN), 1998-2000.
-Naib Yg Di-Pertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), 1987-1999.
-Ahli lembaga penasihat syariah Amanah Saham Aiman (MARA), 1996-1999.
-Ahli lembaga pengawas syariah Takaful Nasional, 1994-1999.
-Ahli Majlis Agama Islam Selangor, 1996-1999.
-Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1983-1993.
-Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1996-1999.
-Panel Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1988-1996.

Tuesday, April 16, 2013

Manifesto Rakyat Johor




1-10 meter padu air percuma bagi pengguna domestik kediaman.

2-Kurang cukai harta bagi hartanah kediaman kos rendah & sederhana.

3-Kurang kadar cukai tanah.

4-Skim Takaful warga Emas RM 2500 diberikan kepada waris warga emas yang meninggal dunia.

5-Tabung Pendidikan Anak Emas Johor RM 100 bagi setiap anak yang dilahirkan di Johor dan RM 1500 apabila berusia 18 tahun.

6-Bantuan RM 1000 untuk anak kelahiran Johor yang layak masuk IPT.

7-Mewujudkan 40 000 peluang pekerjaan dalam masa 2 tahun kepada warga Johor

8-Pelaksanaan gaji minimum RM 1100 sebulan untuk kakitangan kerajaan Negeri Johor.

9-Mewujudkan projek Ladang Sejahtera bagi mengatasi isu kemiskinan rakyat.

10-Menghapuskan kompaun letak kereta oleh PBT yang tertunggak.

11-Program Gerbang Perkahwinan Anak Muda Hadiah RM 1000 bagi setiap pasangan yang menyertai Majlis Perkahwinan Berkelompok untuk semua kaum.

12-WiFi percuma di bandar-bandar utama.

13-Menyediakan Tabung Anak Muda Sejahtera untuk program pembangunan belia niaga.

14-Melaksanakan polisi "Satu Keluarga Satu Rumah"

15-Mewujudkan Tabung Armalah bagi menyediakan bantuan modal pusingan bagi mereka memulakan perniagaan.

p/s : Orang Johor tak terliur ke dengan tawaran sebegini?


sumber : http://www.pasjohorbahru.com/isu.php?no=750

Kejutan buat Mat Maslan : 60 pemuda sertai PAS


PONTIAN – Datuk Ahmad Maslan, mantan ahli Parlimen Pontian sudah pasti tidak boleh berbangga yang kawasannya masih kekal kubu kuat UMNO.

Seramai 60 orang pemuda menyertai PAS dalam program diadakan di markas baru Pulai Sebatang yang berhampiran IKBN, dekat sini baru-baru ini.

Penyerahan borang kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS memberi satu kejutan dan tamparan buat beliau termasuk seluruh kepimpinan Bahagian ini.

Hal ini kerana pada malam penyerahan borang PAS itu, UMNO BN turut melancarkan gerak gempurnya di Benut bagaimanapun kehadiran yang dikatakan ribuan orang itu, 30 peratus dipercayai tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Malah, insiden provokasi turut dilakukan oleh anak-anak muda yang membawa bendera ‘dacing’ yang melalui kawasan ceramah pastinya menterjemahkan satu persepsi yang mana perkembangan yang dilalui PAS amat ditakuti oleh mereka.

Mujurlah tindakan pantas anggota Polis dengan membuat sekatan jalan raya membuatkan suasana ‘panas’ kembali reda.

Menurut Salahuddin, suasana yang dilihatnya hari ini jauh berbeza dengan zamannya ketika memimpin Pemuda Pontian.

“Bukan mudah di Pontian ini dapat seorang ahli kerana kita berada dalam kubu kuat UMNO. Sayalah orang yang paling layak katakan begitu kerana di daerah ini saya dilahirkan,” katanya lagi.

Beliau yang disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya berkata, suasana hari ini turut memperlihatkan perubahan yang amat ketara apabila setiap ceramah yang dianjurkan disertai juga dengan kehadiran kaum bukan Islam.

” Ada kawan saya orang Cina di Segamat. Dia balik Pontian dan kami bertemu dia nyatakan sokongan kepada kita. Ini perbezaan ketara berlaku di Johor,” katanya lagi.

Beliau berkata, sokongan kaum bukan Islam merupakan petanda ‘PAS langkahnya jauh ke hadapan’ dan bukan lagi sebuah parti yang digeruni kaum Cina setelah isu-isu perkauman yang sentiasa dimainkan oleh musuh.

“PAS bukan lagi parti yang digeruni dan dibimbangi Cina atas isu yang dimainkan MCA-Gerakan dikatakan.bila PAS perintah, Hudud dilaksanakan maka gambaran ‘potong’ (digembar gembur) sana-sini.

“Saya bangga orang Cina sudah faham dengan perjuangan kita. Pagi tadi, seorang Cina bukan Islam telah diisytihar jadi calon. Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chau diberi peluang jadi calon Parlimen Ayer Hitam,” jelasnya lagi.


p/s : Ini yang sertai PAS secara terang-terangan diumumkan di akhbar. Berapa ramai anak muda di luar sana yang menyertai & mendokong PAS tanpa pengetahuan umum? Berapa ramai pula anak muda yang mahukan perubahan & menginginkan transformasi pemerintahan dari yang ada sekarang kepada pemerintahan ISLAM di bawah PAS? Anda jawab sendiri...

BN Johor Bergolak, Jentera PR Diminta Fokus


KUALA LUMPUR: PAS tidak memandang rendah calon yang dikemukakan BN di Johor, biarpun percaya akan ada siri-siri bantahan daripada akar umbi, bermula di parlimen Gelang Patah, semalam.
 
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata barisan calon BN itu perlu dihadapi secara serius oleh calon Pakatan Rakyat dengan menumpukan seluruh gerak kerja semaksima mungkin.

"Walaupun tidak banyak perubahan di kalangan calon BN untuk memanaskan politik Johor, ia tetap menjadikan negeri itu sebagai salah satu negeri yang keputusannya nanti mendebarkan selepas 5 Mei," tegas Salahuddin kepada Harakahdaily, hari ini.

Apa yang penting, kata Salahuddin, kesepaduan Pakatan Rakyat Johor mesti dipertahankan bagi memberi keyakinan kepada rakyat Johor untuk memilih Pakatan Rakyat.

Beliau yang optimis tentang kesepaduan dalam BN yang semakin rapuh di negeri itu, memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menawarkan khidmat terbaik kepada pengundi di Johor.

"Saya difahamkan akan ada penolakan dalaman daripada kalangan calon Umno yang tidak terpilih untuk PRU13 ini. Namun, saya nasihatkan jentera parti agar teruskan kerja keras, fokus dengan strategi yang disusun untuk mencapai matlamat Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Mengulas lanjut lawannya di parlimen Pulai dan Dun Nusajaya, Salahuddin mengharapkan satu pertandingan secara 'gentleman' dan demokratik.

Katanya, persaingannya antara Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Dr. Zaini Abu Bakar diharap berlandaskan politik ilmu yang mencerminkan demokrasi sebenar dalam pilihan raya negara.

Selain menyeru jentera Pakatan Rakyat agar berkempen secara berhemah, Salahuddin juga mengajak BN agar meninggalkan dan menjauhi politik kotor dan samseng sepanjang kempen PRU13 ini.

Salahuddin, yang sebelum ini bertanding di parlimen Kubang Kerian, Kelantan bertindak menukar kerusi ke negeri Johor dalam usaha mengasak BN Johor pada PRU13 ini.

Salahuddin akan menentang Nur Jazlan di parlimen Pulai, manakala menentang Dr. Zaini di Dun Nusajaya.


p/s: Ini kalilah mahu menghancurkan pihak lawan yang sedang porak-peranda barisannya. Be End once and for all !!

Monday, April 15, 2013

Air percuma antara tawaran PR kepada rakyat Johor

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Johor kelmarin melancarkan manifesto antara lain menawarkan 10 meter padu air percuma kepada pengguna domestik negeri itu jika diberi mandat mentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Manifesto yang dimuatkan dalam buku setebal 24 muka surat itu juga turut menawarkan pengurangan cukai harta bagi kediaman kos rendah dan sederhana serta penurunan kadar cukai tanah.

Manifesto bertemakan Johor Maju dan Berkebajikan itu dilancarkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sebuah hotel di sini.

Turut hadir, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.

Selain itu, turut ditawarkan Skim Takaful Warga Emas sebanyak RM2,500 dengan wang tersebut diberikan kepada waris warga emas yang meninggal dunia.

Bagi anak yang dilahirkan di Johor pula mereka akan diberikan bayaran RM100 dan apabila mencapai usia 18 tahun, mereka akan mendapat bayaran RM1,500.

Tawaran lain yang dikemukakan ialah bantuan RM1,000 untuk anak kelahiran Johor yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan menyediakan Tabung Anak Muda Sejahtera bagi program pembangunan belia niaga.

Pakatan juga komited untuk mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan dalam masa dua tahun kepada rakyat negeri ini termasuk mewujudkan projek Ladang Sejahtera.

Gaji minima RM1,100 sebulan untuk kakitangan kerajaan negeri juga akan diperkenalkan, serta menghapuskan kompaun letak kereta tertunggak serta perkhidmatan WiFi percuma di bandar utama.

Tempoh perkhidmatan jawatan Menteri Besar dua penggal akan diperkenalkan dengan mengutamakan aspek keadilan, integriti dan akauntabiliti.

Selain itu, polisi Satu Keluarga Satu Rumah, mewujudkan tabung untuk ibu tunggal dan ibu tinggal dengan menyediakan bantuan modal pusingan dan menawarkan RM1,000 bagi setiap pasangan yang menyertai majlis perkahwinan berkelompok bagi semua kaum.

sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18297-air-percuma-antara-tawaran-pr-kepada-rakyat-johor

P/s : Rakyat Johor perlu pandai memilih siapa yang mahu diundi. Jangan mengundi pihak yang konon-kononnya membela Melayu tetapi hakikatnya menyusahkan Melayu, Cina, India & semua rakyat Malaysia. Undilah PAS & PR.

Ini kalilah.

Saturday, April 13, 2013

Calon PAS di Parlimen dan Dun








Berikut senarai calon Pas yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada pilihan raya umum ke-13:

Parlimen

1. Pagoh: Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz 
2. Parit Sulong: Khairuddin Abdul Rahim
3. Ayer Hitam: Hu Pang Chaw
4. Simpang Renggam: Suhaizan Kaiat
5. Mersing: Roslan Nikmat
6. Tenggara: Muhamad Said Jonit
7. Kota Tinggi: Onn Jaafar
8. Pulai: Salahuddin Ayub

Dewan Undangan Negeri

1. Buloh Kasap: Firdaus Masod
2. Pemanis: Normala Sudirman
3. 3Tenang: Mohd Zin Johar
4. Jorak: Norhayati Bachok
5. Gambir: Datuk Dr Mahfodz Mohamed
6. Serom: Azmi Ahmad
7. Sungai Abong: Dr Sheikh Ibrahim Salleh
8. Maharani: Dr Mohammad Taslim
9. Sungai Balang: Malik Mohamad Diah
10. Sri Medan: Ahmad Rosdi Bahari
11. Semarang: Ilyas Abu Bakar
12. Parit Yaani: Aminolhuda Hassan
13. Parit Raja: Noor Khalim Sakib
14. Senggarang: Dr Mohd Ramli Md Kari
15. Rengit: Ahmad Kailani Kosnin
16. Machap: Mohd Khalid Salekan
17. Mahkota: Khairul Faizi Ahmad Kamil
18. Endau: Mohd Azam Abdul Razak
19. Pasir Raja: Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar
20. Johor Lama: Kamaldin Tahir
21. Penawar: Anis Afida Mohd Azli
22. Tiram: Kumutha a/p Raman
23. Puteri Wangsa: Abdullah Husin
24. Permas: Syed Othman Abdullah
25. Kempas: Suhaizan Kaiat
26. Nusajaya: Salahuddin Ayub
27. Bukit Permai: Mazlan Aliman
28. Benut: Raden Sorobo Ponoh
29. Pulai Sebatang: Ungku Mohd Nor Ungku Mahmood
30. Kukup: Ghazaley Ayiub



PAS JOHOR 8 kerusi parlimen dan 30 kerusi dun




JOHOR BAHRU – Kejutan demi kejutan menjelang pilihanraya umum 13 kali ini semakin rancak. Hari ini PAS Johor telah mengisytiharkan senarai akhir calon – calon yang bakal bertanding untuk kerusi parlimen dan DUN di negeri Johor.

Program yang bertempat di New York Hotel diserikan lagi dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Dato’ Deri Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mantan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Naib Presiden PAS diberi mandat mengumumkan senarai calon Parlimen yang bakal ditandingi oleh PAS di Johor.


"Jadi dengan rasminya saya mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 8 kerusi parlimen di Johor kali ini.

"Saya yakin Johor di bawah kepimpinan Dato Pesuruhjaya kita semakin berani kehadapan. Kita (PAS) telah banyak lakukan perubahan dan anjakan paradigma di Johor dan kita juga telah banyak menghasilkan produk-produk baru yang terbaik untuk kita tampilkan," jelas beliau. 




Menurutnya lagi, PAS kali ini hasil syura Dewan Ulama' sekali lagi akan menampilkan calon-calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan menggunakan lambang PAS.

"Kalau dulu 2008, kita telah kemukakan Kumutha a/p Raman mewakili PAS, pada kali ini kita sekali lagi kemukakan calon daripada kaum Tionghua untuk mewakili PAS," jelas beliau lagi.


Hu Pang Chau, yang juga merupakan Pengerusi DHPP Malaysia diberi mandat kali ini untuk bertanding menggunakan lambang PAS.Calon dari DHPP tersebut dikhabarkan akan bertanding di parlimen Ayer Hitam (P148) dalam PRU-13 akan datang. 

Selain Ayer Hitam, antara kerusi parlimen yang akan ditandingi oleh calon PAS adalah Pagoh (P143), Parit Sulong (P147), Kota Tinggi (P156), Pulai (P161) dan Simpang Renggam (P151).

Turut diberi penghormatan untuk bertanding kali ini adalah beberapa orang calon daripada wanita untuk bertanding di kerusi DUN.  


PAS Johor telah menampilkan 4 orang calon wanita yang antaranya adalah Puan Norhayati Bacok di DUN Jorak (N08), Cikgu Normala Sudirman di DUN Pemanis (N03), Saudara Anis Afida di DUN Penawar (N38) dan Saudara Kumutha a/p Raman di DUN Tiram (N40).

Majlis diakhiri dengan bacaan doa disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Dato’ Deri Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.