Thursday, May 9, 2013

Ini kenyataan fitnah, kata Salahudin-Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menjadi mangsa fitnah apabila pihak-pihak tertentu menyebarkan mesej perkauman yang dibuat atas nama beliau.

"Hari ini saya difitnah dengan penyebaran SMS kononnya saya membuat kenyataan berbaur perkauman ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

SMS fitnah itu berbunyai, "Cina telah cuba tolak kuasa melayu tetapi gagal. "CHINESE ARE NOT THE KING MAKER" Sekarang masa mlayu bersatu utk ajar cina..
Sebarkan."

Salahudin menafikan sama sekali beliau menyebarkan SMS itu dan menyifatkannya sebagai bertujuan untuk melagakan beliau dengan masyarakat Cina itu.

Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, Salahudin tewas di Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya di Parlimen Gelang Patah.

BN pula menyalahkan pengundi Cina atas kekalahan teruk mereka di kerusi-kerusi bandar dengan berkata, 'tsunami Cina'.
Utusan pula menyiarkan kenyataan muka depan bertajuk, "Apa lagi Cina mahu'. Kenyataan ini dipertahankan pula oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun mempromosikan konsep 1 Malaysia.

"Saya tidak tahu-menahu mengenai sms tersebut, bukan saya yang menghantarnya tapi ada orang gunakan nombor telefon saya dan hantar sms itu.

"Saya dapat tahu apabila ramai yang menghubungi saya bertanya mengenai sms itu," kata Salahudin  ketika menghubungi Harakahdialy hari ini.

Sambil menyelar pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, beliau menyeru orang ramai khususnya penyokong Pakatan Rakyat agar mengabaikan sms tersebut.

"Saya menyeru orang ramai jangan percaya dengan sms tersebut sebaliknya kekal bersatu antara kaum.

"Pakatan Rakyat tidak pernah mengamalkan politik rasis dan saya kutuk sekeras-kerasnya pihak yang melakukan perbuatan ini," tegasnya.


p/s : Rakyat Johor jangan termakan sentimen perkauman umno ye!

Salahuddin Ayub: Saya Akan Tetap Berada Di Johor-Nusajayakini


KUALA LUMPUR: Biarpun gagal menawan kerusi Parlimen Pulai dan Dun Nusajaya, Salahuddin Ayub tidak sesekali meninggalkan negeri tersebut.

Malah, Johor merupakan destinasi beliau untuk meneruskan karier politiknya, meskipun tidak bergelar wakil rakyat.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Naib Presiden PAS itu berkata beliau tidak akan ke mana-mana, biarpun jika ditawarkan untuk bertanding di negeri lain pada pilihan raya umum ke 14.

"Saya tidak akan ke mana-mana. Johor adalah destinasi politik saya. Hidup mati saya di Johor seperti janji saya pada kempen sebelum ini," tegas beliau.

Selain menumpukan kerja-kerja khidmat di Johor, beliau juga akan menumpukan kerja-kerja parti sebagai naib presiden.

Ketika ditanya perasaannya apabila tewas di kedua-dua kerusi itu, Salahuddin berkata beliau tidak kecewa dengan keputusan itu, sebaliknya berasakan telah berjaya melakukan satu perubahan lanskap politik Johor.

"Saya tidak kecewa. Di kedua-dua kerusi itu saya kalah dengan undi awal. Bagaimanapun, saya telah berjaya melakukan perubahan lanskap politik Johor," tegas beliau lagi.

Pada pilihan raya umum lalu, Salahuddin gagal menawan kerusi parlimen Pulai daripada BN, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Prof Dr. Zaini Abu Bkar di Dun Nusajaya.

Salahuddin memperolehi 40,525 undi, manakala Jazlan mendapat 43,751 undi dengan majoriti sebanyak 3,226.

Manakala, di Nusajaya, beliau memperoleh 20,965 undi, manakala Dr Zaini memperoleh 23,166 dengan majoriti 2,201 undi.


Pada PRU 2004 dan 2008, beliau memenangi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.


Saturday, May 4, 2013

Johor's politicial fate - will Barisan Nasional remain?-YahooNews


The Malay leadership is so strong, yet so brittle.

This is the phrase used to describe the political scenario in Johor — a state known to be Barisan Nasional's (BN)  fortress. 

The ruling coalition's hold on Johor is reflected in the 25 parliamentary seats that it has, out of a total of 26 seats. At the state level, 50 seats are held by BN, leaving the opposition with just six seats.  But since the 2008 elections, the effects and influence of the opposition’s success across Malaysia have spilled over to the other states.

We spoke to a few analysts who observed that the Pakatan Rakyat's work in Johor is starting to chip BN's hold on Johor, causing support to tip slightly.  They concur with one electoral aspect — the Chinese vote — as being the a central factor in determining BN's performance in Johor in the upcoming 13th General Elections.

The Chinese vote
Chinese voters no longer find the Malaysian Chinese Association (MCA) relevant to them, hence the trend since 2008 has been to support parties under the opposition coalition, observes Professor Shamsul Amri Baharuddin from Universiti Kebangsaan Malaysia.
He explained that with the loss of support from the Chinese community, MCA's main threat is the opposition front's Democratic Action Party (DAP), which will force BN's United Malays National Organisation (UMNO) to reconsider its strategy of fielding an MCA candidate in a Chinese dominated area. 

"UMNO may think about taking back the (MCA) seat, causing tension between parties under BN," he told us.

Social anthropology expert Shamsul finds that this change of strategy would not just affect Chinese dominated areas but also mixed seats, which are constituencies with close to equal proportion of Malay and Chinese communities.  

For Universiti Sains Malaysia political analyst, Dr Sivamurugan Pandian, it is the Chinese voters who would make the difference to BN's hold in Johor.  He feels the performance of Singapore’s opposition parties in by-elections held in the island nation over the past few years is also a factor in influencing the Malaysian Chinese voting pattern. This is in addition to more Malaysians having access to alternative news via social media.  

In 2012, Singapore’s Workers' Party had retained its seat in Hougang and earlier this year caused an upset in Punggol East, taking the seat away from the ruling coalition led by the People’s Action Party.  

"Chinese voters are strategic voters and tend to vote differently for federal level and state level seats," observed this associate professor. This meant that these voters may very well support BN at the Parliamentary seats while giving the opposition the state seats, to create a "balance of power".

But, Dr Sivamurugan doesn't see Johor "falling" into the hands of PR, as he finds that Malay and Indian voters are gradually supporting BN again.

Target groups – working class or middle class?


Shamsul is quick to point out that while the success of BN in retaining close to 100 per cent of Johor hinges on the Chinese vote, these voters are not easy to predict.  

He explained that last year’s fiery debate between DAP secretary-general and Penang Chief Minister Lim Guan Eng and MCA president Dr Chua Soi Lek did not address the right target groups, particularly if the objective was to boost the Chinese support.  He finds there are two groups that would influence how the working class Chinese communities cast their votes: the business community and the educationists.

We were told that an interesting trend was taking place in Malaysia’s election history, a trend where these specific groups voice their concerns through public statements a few weeks before the polls. 

"These views will be carried in the vernacular newspapers, read by mainly Chinese-speaking and working class communities. These views tend to provide a lead as to how the Chinese community will vote.  Observe this and you will be able to predict who the Chinese community will support," the founding director of the Institute of Ethnic Studies said.

Economic contracts

Political analyst Khoo Kay Peng says that BN's investment to improve Johor's economic well-being has worked in favour of the ruling coalition. 

"Bumiputera contractors have been benefiting from the Nusajaya project. It's unprecedented that any corridor (of development) in the country has seen this type of effort by the government to encourage economic activity in the area," he remarked.

The Malaysian government has promoted Iskandar Malaysia as an engine of growth, benefiting from Singaporean and Middle East investment, the independent political analyst said.

"When the economy is good, people will not want to rock the boat," Khoo pointed out.

He found that when the state government changed hands in Selangor, there were disputes on the awarding of contracts, leaving many people in the lurch.  "People don't want the same situation in Johor, be it Chinese, Malay or Indian."

Young voters are the new voters, but don't forget the veteran voters


For Johor, and similarly for other states in Malaysia, Shamsul says, "Don't forget the old voters."

As an example, don't ignore the Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) or the Council for Former MPs and state assemblymen, he says.  

"Most of them are now Class F contractors and are still very influential at the grassroots level."

This group is "still hungry and still want to make money", says Shamsul, which meant that UMNO is pressured to manage their expectations.  "They would sway the vote as much as the Chinese communities in Johor."

One thing is for sure, points out UKM’s Dr Ahmad Nidzammudin, and that is the fact that Johoreans are more vocal now compared to the time before the 2008 elections took place.

"People are openly discussing political issues and even criticising state policies," Shamsul observed. And this is a trend that was not evident before.  

In Batu Pahat, for instance, he finds that the opposition front has been aggressive in carrying out political talks or ceramahs to gather support from the BN-dominated constituency - events that locals are actively taking part in.  

"Things are different now; people are braver about expressing their political opinions."

source : http://my.news.yahoo.com/johor-s-politicial-fate----072553361.html

Friday, May 3, 2013

Hari ini rakyat lawan BN - Salahudin



KUALA LUMPUR: "Hari ni people vs Umno Barisan Nasional (BN)," demikian reaksi spontan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika diminta mengulas tentang "tsunami dari Johor" yang kini melanda seluruh negara.

"Hari ni sudah sudah sampai ke tahap yang tak pernah kita bayangkan sebelum ini.

"Hari ni bukan lagi Pakatan Rakyat mencabar cengkaman kuasa BN.

"Hari ni people vs Umno BN. Rakyat sendiri yang berlawan dengan Umno BN!" kata calon PAS bagi Parlimen Pulai itu.

Salahuddin berkata, ribuan rakyat yang hadir sehingga ada yang mencecah jumlah puluhan ribu membuktikan satu tahap semangat.

"Tahap semangat itulah yang menyatakan dengan jelas kepada kita bahawa apa yang berlaku kini adalah people vs Umno BN," katanya.

Ketika di tanya apakah yang menyebabkan beliau begitu bersyukur sepanjang kempen beliau, Salahuddin terus berkata: "Peningkatan sokongan pengundi Melayu yang tidak disangka-sangka setelah sokongan pengundi Cina menjadi gelombang raksaksa yang luar biasa hebat."

Beliau memberitahu, ramai orang kuat Umno di peringkat akar umbi di Pulai dan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya yang turut ditandinginya yang sebelum ini langsung tidak boleh didekati kini menjadi penyokong PAS malah ada yang menjadikan rumah mereka sebagai pusat operasi kempen PAS.

"Kita juga menerima sokongan dari penduduk-penduduk di kawasan setinggan. Malah banyak perkara tidak disangka yang berlaku yang kesemuanya saya sifatkan sebagai pertolongan Allah," kata beliau.

Salahuddin juga yakin kesedaran semakin ramai pengundi Melayu tidak boleh dibendung lagi oleh pelbagai risalah perkauman yang diedarkan bagi membantu BN menghadapi arus kebangkitan rakyat kini.

"Saya mengajak para pengundi Melayu supaya menyedari bahawa kita di dalam Pakatan hendak membebaskan mereka dari penipuan Umno yang hanya memperdayakan orang-orang Melayu dengan api perkauman, sentimen dan emosi," katanya.

PAS, kata Salahuddin, hendak membawa orang-orang Melayu kepada era baru di bawah Pakatan di mana peruntukan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang menjamin kedudukan orang-orang Melayu akan diolah untuk menggerakkan usaha pemantapan pendidikan besar-besaran yang berteraskan usaha meningkat dan mengukuhkan pegangan mereka kepada agama Islam.

"Kita hendak mengajak Melayu berpindah dari politik hasutan perkauman yang ditaja oleh Umno kepada politik membina kualiti bangsa Melayu berasaskan pendidikan dan keimanan kepada Allah.

"Kita mengemukakan janji yang realistik iaitu pemantapan pendidikan dan keimanan yang menjadi senjata terbaik orang-orang Melayu.

"Kita tidak janjikan ekuiti yang tidak pernah pun dapat dicapai, kita tidak janjikan angan-angan tidak kesampaian," tegas beliau.

sumber : http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/18951-hari-ini-rakyat-lawan-bn-salahudin

Thursday, May 2, 2013

Dato' Abdul Ghani Othman Jual Kepetingan Bumiputera Kepada Kroni-Nusajayakini



1) MENJUAL KFC HOLDINGS BHD. (KFCH) KEPADA TAN SRI LIM KANG HOO

KFCH adalah syarikat disenaraikan di Bursa Malaysia adalah milik Johor Corporation (Jcorp) melalui pegangan saham 53% oleh Kulim Bhd. KFCH adalah syarikat yang strategik dan berdaya maju dengan memiliki 620 cawangan KFC, 29 restoran RasaMas serta 55 kedai AyamMas di Malaysia dan memegang franchise KFC di Singapura, Brunai, Cambodia dan India. Pada 2011, Dato’ Abdul Ghani Othman selaku Pengerusi JCorp telah menstruktur semula KFCH yang akhirnya 80% saham KFCH dijual kepada Iskandar Waterfront Holdings Bhd. (IWH) milik Tan Sri Lim Kang Hoo.



2) MENJUAL TEBRAU TEGUH BHD. KEPADA TAN SRI LIM KANG HOO

Tebrau Teguh adalah syarikat pembinaan dan pemaju hartanah yang memegang banyak kepentingan kerajaan Johor dalam pembangunan hartanah termasuk membina penempatan semula penduduk di RAPID, Penggerang. Tebrau Teguh Bhd. adalah syarikat milik Kerajaan Negeri Johor melalui pegangan saham sebanyak 41.15% oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Pada 2012, Dato’ Abdul Ghani Othman selaku Pengerusi KPRJ telah menjual 33.15% sahamnya dalam Tebrau Teguh Bhd kepada Iskandar Waterfront Holdings Bhd. (IWH) milik Tan Sri Lim Kang Hoo pada harga RM168.72 juta. Dengan penjualan tersebut saham IWH dalam Tebrau Teguh adalah 82% dan KPRJ 8% sahaja. Tan Sri Dato’ Lim Kang Hoo sekarang menjadi Executice Vice Chairman (CEO) Tebrau Teguh.

Wednesday, May 1, 2013

Bekas ahli Umno tolak seruan jihad Muhyiddin-Harakahdaily

KOTA BHARU: Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Kelantan supaya berjihad dengan menolak PAS, sebaliknya semakin ramai ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu. Minggu lepas seramai 35 ahli dan penyokong Umno di Kampung Bunut Payong menyertai PAS dengan diketuai Mohd Daud.


Mereka mengikut jejak langkah bekas orang kuat Ketua Umno Bahagian, Datuk Fatmi Che Salleh, iaitu Abdul Kadir Che Musa meninggalkan Umno lebih awal.

Manakala di Gua Musang seramai 65 ahli dan penyokong Umno termasuk anggota jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Karim Mat Diah dan beberapa Exco Pemuda Umno Gua Musang juga mengambil langkah serupa. Mereka menyerah borang menyertai PAS kepada calon parlimen Gua Musang, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada program ceramah di Pejabat PAS Gua Musang malam kelmarin.

Dan hari ini pula seramai 10 lagi ahli dan penyokong Umno yang diketuai Ketua Cawangan di Limau Kasturi turut meninggalkan parti itu.

Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan jambatan tambahan di Kampung Manek Urai, Kuala Krai hari ini menganggap jihad apabila rakyat Kelantan menolak PAS.

Sementara itu di Pasir Mas malam tadi bekas Ketua Inspektor Polis, Datin Hasnita Hassan bersama 25 rakan dan kenalannya menyertai PAS pada program ceramah di Kampung Paloh, Dun Tendong. Hasnita menyerah borang kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama calon parlimen Pasir Mas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, calon Dun Tendong, Rozi Muhamad dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelatan, Ahmad Fadhli Saari. Hadir sama suami Hasnita, Datuk Roshaimi Abdul Razak, mertuanya, Abdul Razak Abas. Orang ramai penuh sesak memenuhi halaman bangunan Pasti. Beliau yang bersara pada pilihan pada Febuari lalu, berasal dari Johor berpindah ke Kelantan pada 1994 kerana bertugas sebagai pegawai polis di negeri ini.

“Inilah yang dikatakan penghijrahan, bila kita ingin berubah dengan berteras kepada keikhlasan. Saya ingin mendapat pahala dan memohon mendapat rahmat Allah SWT. “Saya dan rakan-rakan secara peribadi berbangga kerana menjadi ahli PAS. Saya berjanji berjuang untuk bersama-sama memastikan kejayaan PAS sehingga ke penghujung nyawa,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.


p/s: Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin vs Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub; Siapa anda pilih?

Terbaik! Gambar sekitar ceramah PR pada 1 Mei 2013-Harakahdaily



Solat hajat di Kelab Sultan Sulaiman KL.


Ceramah DAP/PR malam ini di Seri Setia, Kuala Lumpur, Parlimen Seputeh.


Keadaan di Taman Sri Sentosa


Anwar di Kapar siang tadi.


Ceramah DAP/PR Jam 6 petang tadi, di Bakri, Johor.


Keadaan di Skudai malam tadi.

Jangan Beri Sokongan Kepada Pemerintahan Zalim-Tarbawi



Allah memilih umat Islam menjadi umat terbaik di sisi-Nya kerana mereka menyuruh yang makruf dan mencegah kemunkaran di samping mereka beriman kepada Allah. Hal ini dapat dirujuk melalui firman-Nya : 

"Kalian (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang ditampilkan bagi (faedah) umat manusia umumnya, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segenap perkara yang salah (buruk dan keji), di samping kamu beriman kepada Allah (dengan keimanan yang sebenar). Dan seandainya Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu lebih baik untuk mereka. (Tetapi sayang) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (Ali Imran:110)

Dengan perkataan lain kerana mereka menjadi pengikut ajaran Islam yang syumul dan merangkum berbagai aspek kehidupan. Mereka menegakkan keadilan dalam diri, keluarga, bangsa dan negara. Mereka menjadi saksi tentang kehadiran rahmat Allah kepada semua manusia melalui penampilan ajaran yang paling bertamadun iaitu ajaran Islam. Mereka golongan yang sentiasa menjauhkan diri daripada kejahatan dan kemungkaran justeru kemungkaran menjatuhkan martabat dan maruah sesuatu bangsa dan umat. 

Kemungkaran yang paling lumrah adalah melakukan kezaliman, merampas hak orang ramai atau rakyat, menafikan kebenaran, menghalang dakwah Islamiah dan menurut ajaran ajaran bid’ah dan palsu dalam politik dan budaya, memenjarakan rakyat tanpa pengadilan dan sabit kesalahan, merampas kedaulatan rakyat dengan penipuan dalam pilihanraya umum, fitnah rekayasa media dan lain-lain. Semua perbuatan tersebut adalah merupakan perbuatan aniaya yang mesti dihindari oleh orang Islam. Ini kerana kezaliman itu seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah ialah kegelapan pada hari kiamat kelak.

Baginda bersabda (maksudnya), "Hindarilah kezaliman kerana kezaliman itu adalah kegelapan pada hari kiamat kelak. Hindari sifat kikir kerana sifat bakhil tersebut telah memusnahkan orang-orang sebelum kamu; sehingga tergamak mereka menumpahkan darah sesama sendiri dan menghalalkan kehormatan (menceroboh) sesama sendiri." (Hadith riwayat Muslim) 

Bencana Akibat Kezaliman 

Kezaliman mencelakakan negara dan masyarakat. Kejahatan kezaliman ini bukan hanya mencelakakan penzalim di akhirat malah boleh membinasakan diri, keluarga ,negara dan masyarakat. Allah berfirman dalam Surah al Kahfi ayat 59 :  
"Perkampungan (negara) berkenaan Kami musnahkan apabila penghuninya bersikap zalim dan kami tempah masa kemusnahan (dan kehancuran) mereka."
Kezaliman pemerintah atau kerajaan adalah kezaliman yang dilembagakan dalam undang-undang yang memperkasa kejahatan, pihak keselamatan yang lebih membawa kesengsaran daripada keselamatan, jentera penerangan yang lebih menyesat dari mencerahkan, menggelapkan kebenaran serta mengelirukan berbanding memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat. 

Kezaliman seperti ini lebih cepat membawa kehancuran kepada sesuatu bangsa, negara dan umat. 
Kezaliman seperti ini mengundang kutukan Allah. Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 18 :

"Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang mengajukan pembohongan terhadap Allah. Ketika golongan tersebut dipaparkan di hadapan Tuhan mereka (untuk di adili kelak) berkatalah para saksi bahawa mereka itu adalah golongan yang melakukan pendustaan terhadap Tuhan mereka. Memang sesungguhnya laknat dan kutukan Allah terhadap golongan penzalim."

Bencana kezaliman ialah ia boleh melampaui peribadi orang yang zalim yang melakukan kezaliman berkenaan. Bencana dan akibat kezaliman itu juga mengenai orang yang hadir menyaksikannya dan tidak menghalang atau menyetujui kezaliman tersebut. Semua penyokong yang bersekongkol baik dekat mahupun jauh akan diseret dan dihumbankan ke neraka. Dalam teks tradisional terdapat catitan berikut;  

Apabila manusia dihimpunkan pada hari Kiamat dipinggir titian Siratul Mustaqim Allah berfirman,"Akulah Allah, Akulah Raja (yang sebenar) Akulah Dayyan ( pemilik hakiki agama ini); Demi kemulian dan kebesaran-Ku tiada seorangpun manusia penzalim yang dapat melepasi siratul mustaqim ini."

Kemudian berserulah seorang Malaikat di pihak Allah (bertanya), "Mana dia manusia penzalim berkenaan? Mana juak-juak penyokong penzalim tersebut? Mana dia pembantu yang menajamkan pena  penzalim (wartawan upahan)? Mana dia golongan yang mangajukan dakwat untuk penzalim (menulis)? 

Kemudian neraka berseru kepada orang beriman, "Wahai orang beriman, segeralah kamu menyeberangi sirat ini kerana cahaya mu memalapkan (nyalaan lidah) apiku." (rujuk Kitab Minhaj al Solihin oleh Syaikh ’Izzuddin Baliq)

Suatu ketika seorang lelaki datang bertanya kepada Sufyan al Thauri, "Saya ini penjahit pakaian raja (pemerintah ) yang zalim, adakah saya termasuk dalam kalangan penyokongnya."

Sufyan al Thauri menjawab, "Anda bukan golongan penyokong tetapi anda adalah dari golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada anda jarum dan benang (untuk menjahit)."

Sifat cenderung menyokong kezaliman dan orang yang zalim samada dengan hati atau dengan tindakan dan perkataan akan membawa padah. Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 113 :

"Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan."

Ketahuilah bahawa kezaliman mencelakakan manusia di akhirat. Penzalim bukan sahaja diseksa dengan azab yang sangat pedih di samping lilitan kutukan Allah tetapi juga mereka tersisih daripada penyokong, sahabat dan penolong. Allah berfirman dalam Surah al Hajj ayat 71 :

"Mereka menyembah tuhan lain selain Allah yang tidak pernah Allah memberi apa-apa mandat kuasa mereka berbuat demikian malah mereka menyembah apa yang mereka sendiri tidak ada ilmu mengenainya. Sesungguhnya golongan penzalim itu tidak akan dapat sesiapapun menjadi penolong (mereka)."

Beberapa Kategori Penzalim 
  • Syirik adalah kezaliman yang besar kepada Allah.
Kezaliman mempunyai berbagai kategori. Puncak kezaliman ialah perbuatan syirik kepada Allah seperti mana yang dinyatakan oleh Allah dalam Surah Luqman ayat 13 :

"Ingatlah ketika Luqman berpesan kepada putera beliau dengan katanya; Janganlah kamu (wahai anakku) melakukan perbuatan syirik kepada Allah justeru syirik (kepada Allah ) adalah suatu kezaliman yang amat besar."

Syirik adalah keyakinan dan perbuatan yang menduakan atau mempelbagaikan tuhan. Ia merujuk kepada perbuatan yang mencampur-baurkan rujukan nilai baik, buruk, halal haram kepada sumber yang hak dan benar dengan sumber yang batil dan salah. Halal haram ditentukan oleh Allah, manakala syaitan dan taghut turut mencampuri urusan tersebut. Oleh itu manusia musyrik adalah manusia yang komitmen nilainya bercelaru, simpang prenang dan tidak menentu. Pada waktu tertentu mereka menurut perintah Allah namun pada masa lain mereka menurut perintah dan nilai taghut dan syaitan.

Allah befirman dalam Surah al Nisa’ ayat 116 :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik kepada-Nya namun Dia mengampunkan dosa selain itu bagi siapa yang Dia mahu. Barang siapa yang syirik kepada Allah maka dia telah sesat terlalu jauh."
  • Menghalang umat Islam daripada memakmurkan masjid Allah.
Menghalang orang bersolat dengan merobohkan masjid dan surau, menghalang majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh para alim ulama yang benar di dalamnya. Menghalang orang berzikir dan beri’tikaf di dalam masjid. Menghalang perlaksanaan fungsi masjid dan surau di dalam negara sehingga melambatkan proses pentarbiahan dan pendidikan Islam di kalangan umat.

Dalam Surah al Baqarah ayat 114 Allah berfirman :

"Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang menghalang masjid-masjid Allah daripada disebut di dalamnya (zikir) terhadap nama Allah (solat), malah mereka berusaha pula memusnahkan (fungsinya). Golongan penzalim tersebut hanya wajar masuk ke masjid dalam kaadaan gentar dan takut. Untuk mereka kehinaan di dunia; manakala di akhirat disiapkan untuk mereka seksa yang sangat besar (dan pedih)."
  • Menyembunyikan kesaksian yang benar.
Atau "Katmu al Syahadah" apabila diperlukan. Enggan mengajukan kesaksian di mana kebenaran terletak dalam kesaksian yang ada pada seseorang adalah suatu kezaliman. Keengganan menampilkan kesaksian yang benar menyelamatkan orang tertuduh yang tidak berdosa menyebabkan pelaku kejahatan yang sebenar terlepas manakala orang yang tidak berdosa dihukum bunuh atau dianiaya. 

Keeangganan tampil sebagai saksi kes sebenar yang menyaksikan kejahatan tersebut adalah suatu kezaliman yang nyata. 

Mengundi dalam sistem peralihan kuasa yang benar dan adil adalah suatu kewajipan agama. Ini kerana mengundi dan melantik pemimpin masyarakat dan negara adalah termasuk dalam kewajiban menunaikan kesaksian.

Tidak melaksanakan kewajipan ini adalah suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang diperintahkan oleh Allah. Malah golongan yang mati dan tidak pernah membai’ah atau mengundi dan melantik pemimpin adalah mati dalam jahiliah sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah dalam hadis Baginda (maksudnya), "Siapa yang mati tapi tidak pernah membai’ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliah." 

Selanjutnya mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut syara’ adalah juga suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang benar sepertimana yang dituntut oleh ayat ini.

Menjadi saksi palsu, menjungkir-balikkan kebenaran menjadi kebatilan; orang yang tidak berhak mendapat hak, manakala pemilik hak yang sebenar teraniaya adalah suatu kejahatan yang terangkum dalam perkara zalim. "Syahadatuzzur" adalah suatu dosa besar dalam Islam. "Dosa besar yang paling besar ialah mengajukan kesaksian palsu." (riwayat Bukhari)
  • Tidak menghukum dan memerintah menurut hukum dan undang-undang yang Allah turunkan.
Menghukum dan memerintah tidak berdasarkan firman dan perintah Allah dalam syari’at-Nya adalah suatu kezaliman. Dalam negara umat Islam kini terdapat banyak pemerintah yang tidak melaksanakan syariat dan undang-undang Islam, tetapi mereka mendakwa bahawa mereka adalah pelaksana Islam yang bertamadun, Islam progresif, Islam moden dan sebagainya. Dalam masa yang sama mereka mengkhianati amanah Allah, amanah umat dan mensia-siakan hak orang Islam yang mereka wakili. Ini adalah musibah yang mengelirukan ramai orang sehingga menyebabkan mereka menjadi penyokong fanatik kepada golongan zalim tersebut. 
  • Merampas tanah hak orang lain termasuk golongan fakir miskin dengan zalim demi kepentingan golongan kaya.
Penyokong kebenaran selalu berhadapan dengan tindakan zalim pemerintah tertentu. Tanah dan hak mereka dirampas atau dilambat-lambatkan perlaksanaan kesan atau ketentuan transaksi yang telah dijalankan. 

Rasulullah bersabda (maksudnya), "Siapa yang merampas walau sejengkal tanah (orang lain) secara aniaya nescaya Allah akan menghempitkannya dengan tujuh lapis (petala) tanah atau bumi pada hari kiamat kelak." (riwayat Ibn Majah) 
  • Memenjara, menghukum bunuh dan menyeksa tahanan tanpa diadili dan tanpa sabit kesalahan adalah kezaliman yang nyata.
Pemerintah yang melakukan kezaliman dan tidak berlaku adil kepada rakyatnya akan diseksa oleh Allah dengan seksaan yang berat dan pedih. Rasulullah bersabda (maksudnya), "Orang yang paling dahsyat diseksa pada hari Kiamat kelak ialah pemerintah yang zalim." (riwayat Abu Ya’la)

Dalam Musnad Imam al Rubai’ diriwayatkan hadith berikurt, "Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya."


Biodata Penulis


Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin berasal dari Masjid Tanah, Melaka. Pernah melanjutkan pengajian ke Mesir antara 1965-1974 di Maahad Bu’uth sebelum ke Universiti al-Azhar dalam bidang Syariah dan Perundangan di Jabatan Fiqh Muqaran (Perbandingan Hukum) dan diploma pendidikan dalam universiti yang sama. Bergiat aktif dalam Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan menjadi Presiden NGO itu pada tahun 1999-2003. Selain dari PUM beliau turut memimpin Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA). Sementara itu di dalam PAS, beliau adalah AJK PAS Pusat dan Ketua Lajnah IT PAS Pusat.

Semaikan Semangat Ukhuwwah Sekalipun Berbeza Pemikiran-Tarbawi



Apabila saya menegur dan mengkritik bukan sahaja saya mesti bersedia untuk menerima respon balas (dalam bentuk penghujjahan positif atau negatif) daripada pihak yang dikritik, tetapi saya juga mestilah jujur dan benar dalam teguran dan kritikan yang bakal dilontarkan. Malah saya jua mesti terikat dengan etika mengkritik sekalipun berhadapan dengan kemungkinan hujjah balas yang tidak beretika dan berdisiplin.

Tidaklah bermakna hanya saya yang benar. Berkemungkinan besar, saya salah dan silap dalam mengemukakan pandangan dan setiap kali saya berbeza pendapat dengan pihak lain, apa yang saya harapkan agar Allah menunjuk jalan-Nya yang benar. Inilah prinsip yang akan terus saya "genggam" bersama sedikit nikmat ilmu anugerah Allah.

Tidak senang sebenarnya untuk mengkritik, justeru kritikan adalah melahirkan rasa tidak setuju terhadap pihak lain yang berkemungkinan boleh mengguris perasaannya dan mungkin juga boleh mengendurkan tali persahabatan yang telah lama terjalin. 

Namun begitu, selamanya saya tidak boleh berdiam diri terhadap suatu yang saya tidak bersetuju dengannya. Terutama dalam perkara yang melibatkan penyelewengan fakta, kekeliruan maklumat, tuduhan tanpa bukti, fitnah tanpa asas dan keangkuhan yang berpanjangan.

Lantaran itu, sebagaimana saya mesti tabah, terbuka dan berhati-hati dalam menatah kalimah bernada kritikan, saya juga sangat mengharapkan pihak lain (yang dikritik) tidak cepat melatah, berjiwa besar, jujur dalam menilai dan apa yang paling penting ialah, tidak menganggap kritikan itu sebagai satu peluru yang membunuh nilai persahabatan dan juga nilai keintelektualan atau kesarjanaan.

Saya percaya jika yang dikritik itu bertaraf sarjana, sebagaimana ia tidak mudah tewas hujjah begitulah seharusnya ia tidak mudah terpengaruh dengan elemen-elemen yang mengheretnya ke medan pergaduhan atau perbalahan yang menimbulkan rasa benci di hati dan kecewa di jiwa.

Sebaliknya ia mestilah sangat menghormati kritikan dan pandangan pihak lain biarpun ia menganggap kritikan itu hanyalah hujah picisan atau pandangan yang dangkal (sebab kita boleh tidak menerimanya) , justeru menghormati pandangan dan kritikan pihak lain adalah suatu sikap terpuji dan selayaknya itulah penampilan seorang sarjana apatah lagi jika dia seorang ahli politik.

"yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."- Surah az Zumar:18

Sikap tidak menghormati hujjah dan kritikan pihak lain hanya mempamerkan keangkuhan dan keegoan diri yang mungkin "teruja" dengan pencapaian ilmunya atau anugerah kesarjanaannya. Soalnya, apakah hujjah dari pihak kita sahaja menepati ciri-ciri ilmiyyah sedang hujjah dari pihak lain dinilai picisan biarpun sarat dengan hujjah dan dalil?

Saya suka membawa pendekatan para sarjana agong dalam sejarah peradaban Islam. Ternyata mereka sangat tinggi disiplin dalam menangani khilaf dalam apa jua isu, terutama dalam isu-isu yang tidak menjejaskan aqidah.

Ilmu dan tawadhu' (merendah diri) menjadi asas disiplin tersebut disamping mereka mengetengahkan adab-adab ikhtilaf yang cukup wibawa dan berkualiti.

Lihat sahaja bagaimana imam-imam mazhab mengendalikan khilaf dikalangan mereka. Biarpun mereka menafikan sekeras-kerasnya hujjah pihak lain, tidak sedikit pun mencalarkan penghormatannya terhadap orang yang mereka kritik apatah lagi meremehkan hujjah pihak lain. Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata terhadap imam As-Syafii, “Beliau (Imam As-Syafii) adalah manusia yang paling faqih (paling faham) tentang Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.”(Lihat : Tarikh at-Tasyri’ al-Islami. hlmn:312.)

Imam Ahmad bin Hanbal juga ada menyebut dalam rujukan yang sama, “Aku tidak mengetahui nasikh hadis daripada mansukhnya melainkan aku duduk bersama As-Syafii.” 

Walapun masing-masing membentuk mazhab, mereka berkhilaf di atas pentas ilmu yang dihiasi dengan keikhlasan dan ketaqwaan bukan semangat menegakkan benang basah dan bersikap prejudis terhadap pihak lain.

Wajarnya disiplin mereka dalam menangani medan perbahasan dan penghujjahan ini diterima pakai dalam setiap pertikaian antara kita dewasa kini.

Saya akur, bahawa khilaf tidak mungkin boleh dihapuskan. Terlalu banyak punca dan sebab yang menghela ke arah khilaf. Perbezaan latar belakang menuntut ilmu sudah cukup meletakkan para ilmuan ini berkhilaf antara mereka. Tahap pencapaian ilmu, perbezaan manhaj dan method, jurang usia, perbedaan zuruf (suasana), perbedaan kefahaman dan (maslahah) kepentingan turut menjadi penyumbang penting berlakunya khilaf.

Kita tidak perlu sempit dada dan sesak nafas dengan fenomena ini. Ianya sihat malah terlalu sihat andainya para ilmuan Islam ini dapat menanganinya dengan disiplin khilaf yang tinggi dan baik.


Biodata Penulis

Ustaz Nasrudin bin Hasan Tantawi merupakan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Beliau pernah mendapat pendidikan di Maahad Fathul Islami Damascus, Syria dan Universiti Al Azhar, Tanta, Mesir. Beliau memilih PAS sebagai platform perjuangan Islam di Malaysia. Antara tokoh ulama yang beliau kagumi adalah Syeikh Dr.Yusuf Al Qaradawi dan Syeikh Muhammad Al Ghazali.

Persoalan-persoalan Mengenai PR dalam PRU 13-Hj Suhaimi Saad

DAP akan jadi PM sekiranya PR memerintah?

DAP anti Islam?

Siapa sebenarnya punca kekurangan kerusi Melayu di Parlimen?

http://www.youtube.com/watch?v=lWrvd604QeQ&sns=fb

p/s: dah tahu sila sebarkan kepada semua ya!!