Monday, April 22, 2013

Kempen DAP Johor Bermula Dengan Sorakan Cina Untuk PAS-Nusajayakini


JOHOR BARU, 21 April — Pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berumur 72 tahun itu diraikan seperti seorang bintang rock dengan ribuan orang bersorak dan meniupkan hon udara malam tadi pada hari pertama kempen di sini untuk Pilihan Raya 2013 bukanlah satu yang mengejutkan.
Apa yang menarik pada perhimpunan di sini untuk kerusi Parlimen Gelang Patah adalah hadirin yang majoritinya Cina memegang bendera PAS bersama-sama dengan dengan mereka yang membawa logo Roket DAP.
Dan Kit Siang berjaya menawan perasaan ribuan yang berhimpun di sini atau mungkin pengundi Cina seluruh negara di atas tanggapan ketakutan terhadap agenda Islam PAS.
“Mereka kata undi untuk DAP adalah undi untuk PAS. Apakah itu benar? Ya ia benar. Ini kerana undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, PKR dan Pakatan Rakyat.
“Saya katakan di sini malam ini. Ini adalah pertempuran diantara masa lalu dan masa depan,” katanya disambut dengan sorakan bersemangat oleh orang ramai yang majoritinya Cina.
Barisan Nasional (BN) katanya, mewakili politik masa lalu, dan untuk menguatkan hujahnya, beliau mengejutkan dengan memuji lawannya penyandang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
“Ghani Othman adalah orang baik. Saya akui dia membawa pembangunan dan kemajuan. Akan tetapi, dia mewakili masa lalu.
“Beliau mewakili model pembangunan BN yang tercemar dengan rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan.”
PR, menurut Kit Siang mewakili masa depan dan Malaysia baru.
Akan tetapi semangat orang ramai malam tadi tidak terhad kepada Kit Siang.
Apabila Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang bertanding kedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya berucap sebelum itu, hadirin bersorak dan mengibarkan bendera PAS dan DAP.
“Kita membuat sejarah malam ini,” katanya.
“Orang Cina memakai baju PAS dan memegang bendera PAS. Ahli PAS juga memakai baju DAP.
“Jika Cina boleh pakai baju PAS maksudnya Umno boleh jatuh.”
Kerjasama diantara DAP yang sekular dan PAS yang Islamis selalunya menjadi isu rumit kepada masyarakat Cina, akan tetapi pemikiran sedia ada telah bertukar oleh kerana perkembangan sepanjang 48 jam lalu.
Selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) menimbulkan keraguan mengenai legitimasi pemegang jawatan DAP pada hari sebelum penamaan calon, parti sekular itu mempertimbangkan untuk menggunakan logo PAS bagi calon mereka.
Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan DAP untuk terus menggunakan logo roket mereka di Hari Penamaan Calon semalam, dan tawaran oleh PAS bagi DAP meminjam logo mereka telah menjadikan kedua-dua parti semakin rapat.
Dan persepsi meluas dikalangan masyarakat Cina DAP menjadi mangsa telah membantu memecahkan kesangsian berlarutan mereka terhadap agenda Islam PAS.
Semangat kebersamaan terbaru diantara kedua-dua parti itu hadir walaupun MCA melancarkan serangan melalui pengiklanan secara besar-besaran untuk menyerang DAP yang dituduh menyokong agenda Islam PAS.
Masih samar-samar sama ada kempen MCA akan berkesan, akan tetapi kerjasama DAP-PAS dilihat tidak mengurangkan semangat ribuan masyarakat Cina yang berhimpun untuk Lim malam tadi.
Sorakan dan kegembiraan mendorong derma besar-besaran dengan lebih RM90,000 untuk jentera kempen parti.

Tiada Calon PAS Ditolak Kertas Percalonan-Nusajayakini



SHAH ALAM - Pas menegaskan tiada seorang pun calonnya ditolak kertas pencalonan termasuk Dr Ramli Kari yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Senggarang, Johor.

"Tidak, tidak. Kertas penamaan calon semua calon Pas diterima," kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, yang bertanding di Pulai, ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hanya tiga penamaan calon yang melibatkan individu yang bertanding sebagai Bebas tidak diterima.

"Setakat semalam hanya tiga ditolak," kata beliau.

Dalam pada itu, Pas menerusi portalnya hari ini berkata pihaknya kesal kerana ada laporan yang mengatakan Dr Ramli telah dibatalkan pencalonan.

Kata laporan itu, tindakan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di Senggarang semalam dikesali.

Laporan sebuah stesen TV swasta menyebut, "Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor.

"Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan."

Senggarang salah satu daripda tiga kerusi Dun dalam bahagian Parlimen Batu Pahat.


Pertindihan kerusi selesai, fokus tumbangkan BN

Harakahdaily,22 Apr 2013

KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk menggunakan ruang masa yang ada ini untuk fokus kepada agenda menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, soal pertindihan kerusi antara PAS dan PKR telahpun diselesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan, dan sekarang adalah masa untuk bersatu melawan Umno BN.

"Sekarang ini seluruh jentera parti perlu fokus untuk tumbangkan BN di tempat masing-masing.

"Jangan lagi duduk buang masa berpolemik tentang perkara lain, kita sudah hampir dengan Putrajaya, jangan kita leka," katanya yang juga calon Jengka kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini bahawa parti itu mencadangkan agar kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor diserah kepada PKR.

PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS hari ini yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sendiri dan umumkan pada satu sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Mengulas cadangan penyelesaian itu, Tuan Ibrahim berkata, ianya menunjukkan ketinggian tahap toleransi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Saya menyambut baik cadangan penyelesaian ini. Ia mencerminkan muafakat, apa sahaja isu dalam Pakatan Rakyat boleh diselesaikan secara mesyuarat," katanya.

Saturday, April 20, 2013

Semangat Setiakawan Pakatan Semakin Utuh, Terserlah



Menurut salah seorang penyokong Pakatan Rakyat yang hadir bersama perarakan calon, beliau berasa terharu dengan suasana setiakawan yang ditunjukkan oleh penyokong PAS dan DAP yang mana situasi sebegini jarang sekali ditemui ketika pilihanraya ke-12 yang lalu.

"Saya yakin, semangat dan suasana setiakawan yang begitu meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat ini akan menyebabkan UMNO BN tak dapat tidur malam ini.

"Ini kali pertama kita lihat DAP PAS dan PKR tampil dengan satu jenama iaitu Pakatan Rakyat. Suasana bagaikan 'adik abang' (kekeluargaan) jelas terpancar di raut wajah para penyokong Pakatan Rakyat." jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, kelihatan kelihatan para penyokong berbangsa Tionghua yang rata-rata mewakili DAP dengan bangga mengibarkan bendera PAS tanda sokongan mereka kepada calon-calon PAS yang bertanding kali ini.








sumber : http://www.nusajayakini.com/2013/04/semangat-setiakawan-pakatan-semakin.html

Salahudin lawan Nur Jazlan satu lawan satu di Pulai


(Salahudin bersama calon Pakatan diiringi ke pusat penamaan calon)

JOHOR BAHRU: Calon PAS bagi parlimen P161 Pulai Salahudin Ayub tiba di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Jalan Ayer Molek di sini kira-kira jam 8.45 pagi ini.

Beliau yang mengenakan Baju Melayu merah bersamping dan bersongkok, tiba di sini diiringi hampir 1,000 penyokong.

Turut bersamanya calon Dewan Undangan Negeri (Dun) N46 Pengkalan Rinting dari DAP Cheo Yee How.

Terdahulu mereka berkumpul di Masjid Negeri, Masjid Sultan Abu Bakar sebelum bergerak ke sini yang berjarak lebih kurang satu kilometer.

Salahudin dilihat masuk ke pusat penamaan calon kira-kira jam 9.05 pagi.

(Salahudin bersama calon-calon yang bertanding di Pulai)

Beliau diiringi pencadangnya Alias Abdullah serta penyokong Dzulkifli Suleiman.

Cheo pula diiringi pencadangnya Leo Ah Hio dan penyokong Yueng Din Hin.

Seorang lagi calon PAS iaitu bagi N47 Kempas, Suhaizan Kaiat bagaimanapun hanya diwakili pencadang Abdullah Hassan dan penyokong Md Sadakah Abdullah kerana terpaksa ke satu lagi pusat penamaan calon sebagai Calon Simpang Renggam.

Sementara itu, hampir 700 penyokong terdiri daripada PAS dan DAP hadir mengiringi calon Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Mereka membawa bendera parti masing-masing sambil melaungkan slogan 'hidup rakyat, 5 Mei, Ubah'.

Di sebelah penjuru satu lagi, penyokong BN dengan kekuatan hampir serupa turut mengambil tempat.

Mereka mengiringi calon mereka iaitu penyandang Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Hampir 100 anggota polis berkawal di sini hari ini.

Kedua-dua penyokong dipisahkan dengan jarak hampir 100 meter dengan anggota keselamatan berkawal di tengah-tengah mereka.

Satu lawan satu
(Suhaizan [kiri sekali] akan melawan Tengku Putra Haron [kanan sekali] dari BN)

SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu bagi Parlimen Pulai antara Salahudin dengan Nur Jazlan.

Untuk DUN Pengkalan Rinting Cheo Yee How dari DAP juga akan berlawan satu lawan satu dengan Chan Mei Kie dari BN.

Untuk DUN Kempas pula, Suhaizan Kaiat dari PAS akan melawan Tengku Putra Haron Aminurrashid dari BN.

Akhirnya Roket mendarat di Bulan - TG Nik Aziz


KOTA BHARU: "Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

(Gambar...Roketkini ‏@roketkini dalam Twitternya menulis, "Roket sudah sampai ke bulan. Anda masih nak guna timbang dacing?")
Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang.

"Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari.

"Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman," kata Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Nik Aziz.



Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP: Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan
Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini.

Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman.

Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan.

Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya.

Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain.

Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah.

Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah.

Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin.

Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All.

Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam.

Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar.

Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru.

Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)


Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON BAGI KERUSI PARLIMEN 2013

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON BAGI KERUSI DUN JOHOR 2013

Penamaan Calon PRU-13 Johor, Meriah dan Lancar

Semenjak awal pagi lagi, ribuan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri pusat-pusat penamaan calon di negeri Johor hari ini. 

Laungan keramat 'UBAH' bergema sepanjang tempoh perarakan calon daripada tempat berkumpul hingga ke pusat penamaan calon. 

Proses penamaan calon berjalan dengan baik dan lancar. Kemeriahan dan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP.


Salahuddin Ayub. Calon Parlimen Pulai, DUN Nusajaya


Gaya 'bakal' menteri besar Johor terpancar dari wajah Saudara Salahuddin Ayub. Beliau bakal bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya


Perarakan calon dari Masjid Sultan Abu Bakar ke Bangunan Tabung Haji, Johor Bahru


Kelihatan cukup bersedia bersama sayap kiri perjuangan.




Calon - calon bagi parlimen dan DUN di Kulai berarak ke pusat penamaan calon.




Di Pagoh, kelihatan anak-anak muda yang inginkan perubahan bersama meriahkan pusat penamaan calon - Laungan Inikalilah UBAH bergema di sana sini.- Norhayati Bacok



Suasana penamaan calon di Parlimen Muar

sumber: http://www.nusajayakini.com/2013/04/penamaan-calon-pru-13-johor-meriah-dan.html

Friday, April 19, 2013

KENALI CALON PAS JOHOR: DATO MAHFODZ MOHAMED


KENALI CALON PAS JOHOR

DATO' DR HAJI MAHFODZ MOHAMED
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
Calon PAS di DUN Gambir N.09


Biodata Beliau

Jawatan sekarang:
-Ahli Majlis Syura PAS Pusat.
-Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
-Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.
-Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Muar, Johor.

Pengalaman:
-Presiden Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS), 2000-2001.
-Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), 2001-2004.
-Ahli panel Lembaga Akreditasi Negara (LAN), 1998-2000.
-Naib Yg Di-Pertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), 1987-1999.
-Ahli lembaga penasihat syariah Amanah Saham Aiman (MARA), 1996-1999.
-Ahli lembaga pengawas syariah Takaful Nasional, 1994-1999.
-Ahli Majlis Agama Islam Selangor, 1996-1999.
-Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1983-1993.
-Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1996-1999.
-Panel Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1988-1996.