Thursday, March 14, 2013

AKU & KEKASIHKU

Aku merindui Tuhanku

Tuhan Yang Maha Satu

Yang Tiada Sekutu

Yang tiada pernah beradu

Yang Maha Menguasai, Maha Tahu


Aku merinduimu Tuhanku

Inginku bertemu denganMu

Ingin aku melihat wajahMu

Ingin aku rasai SyurgaMu

Ingin aku bersama Nabi kesayanganMu

Allah kekalkanlah rasa cinta ini dalam hatiku

agar tidak sekali aku jauh dariMu

tidak pula melupakanMu

jauh sekali membelakangkanMu


Namun,

Jalan untuk ku bertemu

Dengan Tuhanku yang aku rindu

Adalah jalan penuh berliku

Penuh musuh dan seteru

Tiada masa untuk beradu

Apatah lagi melayan nafsu

Yang senantiasa melemahkan diriku

Menjauhkan aku dari Yang Satu

Duniawi yang kian hari kian kelabu

Dulu Membuatkan aku keliru

ya, aku keliru

Dari mana asal-usulku?

Ke mana arah tujuku?

Sampai bila aku akan terus menjadi aku?

Mengapa aku?

Di mana aku?

Aku?? Aku?? Aku??

Arrgghh!!! Aku keliru!!!


Alhamdulillah, dengan bimbingan Kekasihku

Aku tidak lagi keliru

Aku sekarang bukan aku yang dulu

Aku tahu asal-usulku

Aku mengerti arah tujuku

Aku fahami mengapa aku

Aku singkapi hakikat kehidupanku

Alhamdulillah, aku tidak lagi buntu

Dalam mengemudi hidupku

Kerana aku ada pemandu

Muhammad SAW Nabiku, Qudwahku, Cintaku

Kerana aku ada garis pandu

Yang dikeluarkan oleh Tuhanku

Dalam Al-Quran kalam wahyu


Namun, kadangkala aku terkedu

Mengenangkan jauhnya diriku denganMu

Dosa-dosa silamku

Bahkan menghalang aku dekat padamu

Setiap noda di hatiku

Menjadi bayangan yang menggelapkan hatiku

Dari menerima cahayaMu

Merasai keagunganMu

Menikmati cintaMu


Maka di malam syahdu ini aku merayu

Rayuan seorang perindu

PadaMu Kekasihku

Yang Maha Pengampun, ampunilah aku

Yang Maha Suci, sucikanlah aku

Yang Maha Mengasihi, kasihanilah aku

Aku tidak sanggup menerima kemurkaanMu

Tidak sanggup jika Engkau tidak redha padaku

Apatah lagi dengan hukumanMu

Yang pastinya tidak termampu

Terlalu dahsyat untuk diriku

Aku malu denganMu wahai Tuhanku

Setelah sekian banyak nikmatMu

Aku kecapi dari dahulu

Tetap aku menyakiti hatiMu

Lalai dalam perintahMu

Melakukan laranganMu

Jika Kau tidak mengampuniku

Siapa lagi Ya Tuhanku??


Ya Allah kiniku kembali padamu

Mengharap keampunanMu, redhaMu

Terimalah aku